|
Bahasa: EN | BM |

Mara Automotive Ecosystem (MATEC) 2024

KUALA LUMPUR: Mara Automotive Ecosystem 2024 dianjurkan di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil bermula 20 hingga 22 September 2024. Mara Automotive Ecosystem (MATEC) 2024 merupakan sebuah inisiatif oleh pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) dimana inisiatif ini akan menjadi sebuah platform yang penting dalam mempromosikan ekosistem keusahawanan Bumiputera industri automotif. MATEC 2024 ini juga dapat memberi peluang dan ruang secara tidak langsung kepada usahawan-usahawan automotif dan juga pemain industri dalam permotoran untuk membina hubungan perniagaan. 

Pelbagai aktiviti menarik diadakan di sepanjang pameran MATEC 2024 antaranya adalah sesi pandu uji kenderaan elektrik (EV), pertandingan e-game, konsert dari artis tanah air, cabutan bertuah dan juga persembahan produk. Terdapat juga pameran pengeluar kenderaan atau Original Equipment Manufacturer (OEM) dengan menampilkan jenama terkenal Perodua, Volvo, Volkswagen, Honda dan banyak lagi. 

Terima kasih diucapkan atas sokongan dan kehadiran buat semua pengunjung sepanjang pameran MATEC 2024 berlangsung. Semoga pameran yang dianjurkan ini dapat memberi manfaat kepada semua yang hadir.
Prowheels Distributor (M) Sdn. Bhd. (1270164-T)

 

Kuala Sungai Baru,
Bt 4 Mergong,
05150 Alor Setar,
Kedah, Malaysia.


+604 730 7366


marketing.prowheelsdist@gmail.com



Ⓒ 2020 Prowheels Distributor (M) Sdn. Bhd. (1270164-T)
Visitor:
Powered by NEWPAGES